Tuesday, 25 February 2014

Word of Wisdom

Assalamualaikum

  1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
  2. Orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa berwaspada dan mengharap syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
  3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
  4. Jangan bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
  5. Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
  6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
  7. Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
  8. Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehinya seorang tidak dapt bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu

No comments:

Post a Comment