Assalamualaikum
Kisah ini diambil dari web Pak Andak as a reflection for myself.
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali
bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang
sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat
Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa
a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah
cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu
tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku
tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat
Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya
kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia
setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa
maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang
lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat
berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang
lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di
situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu
maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda
itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat
melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di
atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi
salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa
berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang
berbunyi,"Wahai Isa, bagaimana dia
dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar
setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku,
kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak
mengetahuinya."
Pengajaran
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak
menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah,
tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi
dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang
menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya
umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta
kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta
kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta
kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta
kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta
kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
No comments:
Post a Comment