Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali
kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari pemuda tersebut
berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk kenyatakan kekesalannya dan keinginan
untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata,”Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa
mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang
sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada
siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya
pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa
terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka
itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya.
LantaranAllah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari
mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,”
jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang
kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam
liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat
wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begituhalnya, wahai tuan
guru?” Jawab ahli ibadah tersebut,” Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Seungguhnya solat
merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka
sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan
seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada
perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,
wahai anak muda,”balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan keempat, kulihat mayat yang
jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah
golonganmanusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibu bapanya.”
“Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang
kukunya amat panjang,hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala
isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda,mereka itulah
golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka
memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah
Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa
melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli
ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku
lihat,sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku
menggali semula kubur itu, kulihat mayat tersebut terapung dan lahadnya
dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan
yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,”jawab ahli ibadah tadi. “
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku
lihat,mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?”tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah
tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan
mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang
beroleh keredhaan dan kemuliaan disisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya
mahupun sesudah matinya.” Ingatlah,sesungguhn ya daripada Allah s. w. t kita
datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabk an
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Sumber
http://detikislam.blogspot.com